SERDANG, 7 FEB – Induksi Transformasi Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Tiga Belas sesi 2019/2020 merupakan sebuah program anjuran TOP 7, MPK Kolej Tiga Belas dengan kerjasama pihak pengurusan Kolej Tiga Belas bertujuan menilai tahap pencapaian MPK Kolej Tiga Belas sesi 2019/2020 sepanjang semester pertama disamping meningkatkan lagi semangat kerja berpasukan dalam melaksanakan program-program yang akan dijalankan pada semester kedua. Kursus ini melibatkan seramai 36 orang MPK dan 12 orang felo Kolej Tiga Belas.
“Kursus ini diadakan sebagai persiapan gerak kerja para MPK sebelum bermulanya semester baharu. Hal ini supaya mereka lebih bersiap sedia dalam perancangan program-program berimpak tinggi pada masa akan datang,” ulas Nurul Anis, Pengarah Program Induksi Transformasi Majlis MPK Kolej Tiga Belas tentang program berlangsung selama lima hari bermula dari 3 Februari 2020 di Dewan Putra 1, Kolej Tiga Belas dan Kalumpang Resort and Training Centre, Hulu Selangor.
Ahli MPK sedang mengemaskini Gerak Kerja Program bagi Semester 2
Antara aktiviti yang dijalankan ialah slot bersama felo dimana kemahiran memimpin para MPK diasah disamping pendedahan kepada ilmu-ilmu yang baharu. Setiap slot yang dikendalikan di Dewan Putra 1, Kolej Tiga Belas disampaikan dan dikendalikan oleh para felo. Selain itu, Latihan dalam Kumpulan (LDK) dijalankan di Kalumpang Resort and Training Centre, Hulu Selangor. Aktiviti berpasukan seperti Explorace dan River Crossing telah dijalankan bagi memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan silaturahim antara MPK.
Aktiviti River Crossing yang disertai oleh para MPK dan beberapa felo Kolej Tiga Belas
Tarikh Input: | Kemaskini: |

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN