GALAXY OF SMURFS DAN ANTI-AEDES 2.0: KE ARAH PERSEKITARAN SIHAT | KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI ktag
» BERITA » GALAXY OF SMURFS DAN ANTI-AEDES 2.0: KE ARAH PERSEKITARAN SIHAT

GALAXY OF SMURFS DAN ANTI-AEDES 2.0: KE ARAH PERSEKITARAN SIHAT

Gambar 1 Para peserta bergambar sebelum memulakan gotong-royong

SERDANG, 22 FEBRUARI – Galaxy of Smurfs & Anti-Aedes merupakan satu program yang dijalankan untuk memberi kesedaran kepada semua penghuni Kolej Tiga Belas berkenaan signifikannya menjaga kebersihan sekeliling kolej seperti mengutip daun-daun kering, membersihkan kawasan longkang dan tempat takungan air di samping menerangkan punca dan bahayanya denggi kepada pelajar, keluarga, masyarakat dan negara. Galaxy of Smurfs & Anti-Aedes dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tiga Belas dengan kerjasama pihak pengurusan Kolej Tiga Belas, Universiti Putra Malaysia. Program ini berlangsung dengan jayanya di kawasan Dewan Putra 1, Taman Emernity, blok kediaman lelaki, blok kediaman perempuan, blok P1, blok P2, surau dan kawasan parkir K13(a). Program ini melibatkan seramai 60 orang peserta Kolej Tiga Belas yang terdiri daripada pelajar asasi, pelajar ijazah dan felo.

Galaxy of Smurfs & Anti-Aedes ini merupakan program yang dirancang khas sebulan sekali sama ada pada minggu pertama atau minggu ketiga untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong kepada semua warga kolej dalam menekankan tujuannya untuk memastikan kesihatan dan keselamatan penghuni kolej di samping membasmi denggi serta memulihara dan meningkatkan keceriaan Kolej Tiga Belas.

 

Gambar 2 Turut serta ialah Pengetua Kolej Tiga Belas, Prof. Madya Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor

Tarikh Input: | Kemaskini: |

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
X, (11:02:14pm-11:07:14pm, 13 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]