SERDANG, 7 DISEMBER - Sekretariat Teknologi Hijau Dan Kebaijan, Keselamatan & Kesihatan (3K) telah menganjurkan Program Galaxy of Smurfs dan Anti-Aedes di sekitar kawasan blok kediaman Kolej Tiga Belas. Program ini merupakan program gotong-royong membersihkan kawasan sekitar kolej daripada sampah sarap yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
Peserta diagihkan kepada tiga kumpulan iaitu dua kumpulan di blok K13A (sekitar kawasan blok lelaki dan kawasan blok perempuan) dan kawasan blok K13B. Setiap kumpulan dibekalkan alatan yang diperlukan seperti penyapu, penyodok sampah, pengorek longkang, pencakar, plastik sampah, dan juga sarung tangan. Program tamat kira-kira jam 11.00 pagi dengan pengumpulan dan pemulangan alat-alat pembersihan serta agihan makanan kepada para peserta.
Tarikh Input: | Kemaskini: |

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN