Serdang, 8 November 2017 - Telah berlangsungnya Pesta Konvokesyen ke 41 bertempat di Bukit Ekspo, UPM bermula 3 hingga 7 November 2017. Antara acara yang dipertandingkan sempena pesta tersebut adalah Festival Kompang Interkolej (FESKOM), Live Band, Festival Koir Interkolej (FESKO) dan Festival Nasyid Interkolej (FESNIK). Tahniah diucapkan kepada para peserta yang mewakili kolej dalam menyertai acara yang dipertandingkan. Walaupun rezeki tidak berpihak pada kita namun yang diberi keutamaan adalah kepuasan yang dirasai. Tahniah!
Tarikh Input: 01/02/2018 | Kemaskini: 01/02/2018 | alvinltz

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN