
SERDANG, 8 OKTOBER - Program Entreprenuer Talk Tour 2019@Kolej Tiga Belas telah diadakan pada 8 Oktober 2019 bertempat di Dewan Putra 1, Kolej Tiga Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan Dan Kebolehpasaran Graduan Universiti Putra Malaysia (CEM) dengan kerjasama Sekteriat Keusahawanan, Majlis Perwakilan Kolej Tiga Belas sesi 2019/2020 bertujuan untuk memberi pendedahan dan pembudayaan bidang keusahawanan kepada pelajar UPM dan meningkatkan atribut dan ciri-ciri keusahawanan dalam diri pelajar.
Seramai 208 orang pelajar dari Kolej Tiga Belas menghadiri dan panel jemputan ialah Muhammad Syahiran Hashim (Pegusaha Eyrun Fried Chicken) dan Nor Eizzah Binti Yusoff (Perunding Kewangan) dan Moderator ialah Hannah Nazri (Presiden UniPutra Entrepreneurial Club) dengan tajuk ceramah Permulaan Untuk Menjadi Usahawan.


Tarikh Input: 20/01/2020 | Kemaskini: 20/01/2020 |

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN