DONUT DAY 7.0 | KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
» BERITA » DONUT DAY 7.0

DONUT DAY 7.0

SERDANG, 20 OKTOBER - 

Program Donut Day 7.0 telah diadakan dari 20 September sehingga 20 Oktober 2019 di Kolej Tiga Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM). Tempoh tempahan bermula 20 September hingga 13 Oktober 2019, manakala penghantaran tempahan dibuat pada 19 dan 20 Oktober 2019.

Program anjuran Sekteriat Keusahawanan, Majlis Perwakilan Kolej Tiga Belas serta kerjasama dari Pengerusan Kolej Tiga Belas bertujuan untuk membantu pelajar dalam meningkatkan sifat keusahawanan dalam diri serta melahirkan sifat-sifat keusahawanan dalam diri pelajar. Program sekaligus dapat menjana pendapatan sampingan kepada para pelajar yang menyertai program ini.

Seramai 50 orang pelajar dari kolej tiga belas telah menyertai sebagai ahli jawatan kuasa program untuk Program Donut Day 7.0 ini. Jelajah donut day 7.0 dilakukan di kawasan tumpuan pelajar seperti kafe kolej serta food court kampus seperti Putra Food Court, Serumpun Food Court dan Chillex KPZ dan di kawasan Kolej Tiga Belas untuk mempromosi serta menyebarkan maklumat program, poster dan membuka kaunter jualan order donut untuk program jualan ini. 

Jualan kali ini mencapai sasaran iaitu sebanyak 3000 biji donut telah ditempah dan dijual. Keuntungan yang diperoleh telah dikongsi sesama peserta sebagai balasan usaha mereka dan memotivasikan mereka untuk mencapai lebih lagi pada masa hadapan.

Tarikh Input: | Kemaskini: |

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
W, (02:24:03am-02:29:03am, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]