BENGKEL SENI TARI MELAYU 2020 | KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
» BERITA » BENGKEL SENI TARI MELAYU 2020

BENGKEL SENI TARI MELAYU 2020

SERDANG, 23 FEBRUARI – Buat julung kalinya sebuah program perkongsian ilmu berasaskan seni tari melayu diadakan iaitu Bengkel Warisan Seni Tari Melayu (BESTARIM’20). Bengkel ini merupakan satu inisiatif yang dianjurkan oleh Sekretariat Seni Budaya dan Integrasi (SEBUDI), Majlis Perwakilan Kolej Tiga belas dengan kerjasama pihak pengurusan Kolej Tiga Belas serta Bahagian Hal Ehmwal Pelajar Universiti Putra Malaysia untuk membuka pandangan para warga kolej mengenai warisan seni tari melayu. Bengkel ini telah berlangsung di Dewan Putra 1, Kolej Tiga Belas, Universiti Putra Malaysia.

 

Bengkel ini merupakan salah satu medium untuk menerapkan budaya dan warisan seni tari melayu serta keunikannya dalam kalangan mahasiswa Kolej Tiga Belas. Di samping itu juga, peserta bengkel dapat berlatih dan mempraktikkan gerakan tarian yang dipelajari. Di samping itu, BESTARIM’20 turut melatih para ahli jawatankuasa pelaksana yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Kolej Tiga Belas dan peserta bengkel sendiri dalam mengasah dan menambah baik kemahiran insaniah.

“Saya merasakan BESTARIM’20 ini membuka peluang untuk pelajar-pelajar yang malu dansegan untuk mencuba pelbagai jenis seni tari melayu dan bukan senang untuk dilatih oleh seorang instruktor yang profesional,” respon saudari Batrisya, fasilitator Bengkel Warisan Seni Tari Melayu (BESTARIM’20) . Beliau turut berharap program sebegini dapat diteruskan serta menjadi satu warisan untuk terus menjulang warisan negara Malaysia. Bengkel ini disertai kira-kira 30 orang peserta terdiri daripada warga Asasi Pertanian dan bacelor Kolej Tiga Belas.

 Gambar 1 Para peserta, tenaga pengajar dan felo

 

Gambar 2 Para peserta ketika mengikuti seni tari

Tarikh Input: 27/02/2020 | Kemaskini: 27/02/2020 |

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
W, (10:56:43am-11:01:43am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]