BENGKEL PENGURUSAN SUKAN 2.0 | KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
» BERITA » BENGKEL PENGURUSAN SUKAN 2.0

BENGKEL PENGURUSAN SUKAN 2.0

SERDANG, 20 FEBRUARI- Bengkel Pengurusan Sukan 2.0 merupakan siri kedua yang merupakan satu platform untuk memberikan pendedahan awal kepada para pengurus yang berpengalaman mahupun tidak untuk mengendalikan pasukan sukan masing-masing sebelum, semasa dan selepas Sukan Kolej (SUKOL) diadakan. Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Sukan dan Rekreasi Kolej Tiga Belas dengan kerjasama pihak pengurusan Kolej Tiga Belas. Program ini telah berlangsung di Dewan Putra 1, Kolej Tiga Belas.

Bengkel ini  mempunyai satu slot sahaja pada sesi malam, Slot 1; Slot Bengkel Pengurusan Sukan 2.0. Slot ini disediakan khas untuk para pengurus SUKOL semester satu dan ia bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada para pengurus yang berpengalaman mahupun tidak untuk mengendalikan pasukan sukan masing-masing sebelum, semasa dan selepas SUKOL diadakan. “Diharapkan bengkel ini bakal memberi kesan positif terhadap pengurusan SUKOL Kolej Tiga Belas” katanya, Sazriena Ramli salah seorang peserta program ini.

 

Gambar 3 Gambar menunjukkan para peserta bergambar bersama Cik Norsyafiqa Norsam dan para Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Sekretariat Sukan & Rekreasi di akhir program ini.

Gambar 2 Gambar menunjukkan para peserta sedang mendengar sepatah dua ucapan daripada En Abdul Raub Abdulrahman, iaitu juga salah seorang felo penasihat Sekretariat Sukan & Rekreasi merengkap felo penasihat bagi program Bengkel Pengurusan Sukan 2.0.

Tarikh Input: | Kemaskini: |

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
W, (01:57:00am-02:02:00am, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]