Para peserta bersama pegawai perubatan PKU UPM, Dr. Khamizi Aziz dan felo En. Abdul Raub Abdurahman
SERDANG, 13 SEPTEMBER - Sekretariat Sukan & Rekreasi, Kolej Tiga Belas telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Sukan 1.0 dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia (PKU UPM). Program ini bertujuan untuk melatih para pelajar membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam sesebuah organisasi. Selain itu, para pelajar juga dapat memupuk sikap tanggungjawab, kepimpinan dan disiplin dalam bidang sukan serta mengaplikasikan tugas-tugas sebagai seorang pengurus sukan. Bengkel Pengurusan Sukan 1.0 ini telah diadakan di Dewan Putra 1, dan Bilik Mesyuarat Leo, Kolej Tiga Belas. Pengisian program merangkumi Slot Pertolongan Cemas & First Aid bersama pegawai perubatan PKU UPM, Dr Khamizi Aziz; dan Slot Bengkel Pengurusan Sukan 1.0 bagi memberikan pendedahan awal kepara para pengurus yang berpengalaman mahupun tidak untuk mengendalikan pasukan sukan masing-masing sebelum, semasa dan selepas Sukan Kolej diadakan. Di akhir bengkel ini, semua peserta diberikan ruang untuk bertanya agar mereka dapat memahami segala prosedur dan juga perancangan untuk setiap sukan berjalan dengan lancar dan jayanya.
Para peserta bergambar selepas usai Slot Bengkel Pengurusan Sukan 1.0
Tarikh Input: 14/01/2020 | Kemaskini: 14/01/2020 |

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN