SERDANG, 30 NOVEMBER - Sekretariat Sukarelawan dan Komunikasi (SUKOM) Kolej Tiga Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Alumni Get Together 2019 dengan kerjasama Pusat Alumni, Universiti Putra Malaysia (ACUPM). Berkonsepkan 'Hi-tea' dan santai, program ini bertujuan bagi mengukuhkan jalinan ukhwah antara alumni Kolej Mohamad Rashid (KMR), alumni Kolej Tiga Belas (K13) serta pelajar Kolej Tiga Belas UPM. Selain itu, program ini juga akan memberi pendedahan tentang maklumat terkini berkaitan penggabungan kolej. Disamping itu, program ini dijalankan untuk menghargai jasa para felo yang telah lama berkhidmat di K13 dan KMR.
Antara pengisian utama program ini ialah slot bersama ketua felo tentang transformasi pengabungan kolej yang perlu dilalui oleh semua warga kolej. Dalam ucapan beliau turut menyelitkan tentang peranan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) dan Mantan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) agar misi untuk menjadi sebuah kolej yang membawa identiti yang baru hasil daripada penggabungan K13 dan KMR.
Turut dilaksanakan pada program ini ialah Majlis Apresiasi mantan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) sesi 2018/2019 bagi memberi penghargaan kepada mereka selepas banyak berkhidmat kepada kolej masing-masing.
Tarikh Input: | Kemaskini: |

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN