![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Program “ Aishah Ghani Colour Run: The Next Level 2024 “ merupakan satu program yang dapat untuk melahirkan mahasiswa yang sentiasa cakna tentang kepentingan gaya hidup sihat dan mengeratkan lagi ukhuwah antara pelajar. Program ini dianjurkan oleh Jemaah Ketua Blok (JKB), Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Aishah Ghani Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Pengurusan Kolej Tan Sri Aishah Ghani, Universiti Putra Malaysia. Program ini telah dijalankan secara fizikal di Bukit Ekspo, UPM Program ini dijalankan selama 1 hari iaitu pada 21 Januari 2024.
Program ini merupakan salah satu usaha daripada Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Aishah Ghani untuk melahirkan mahasiswa yang berpengetahuan dalam sifat kepemimpinan dalam membina hubungan baik, berinteraksi secara efektif dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua dan ahli pasukan dan melahirkan individu yang berkebolehan dalam mengamalkan kemahiran mendengar yang berkesan dan aktif memberi maklum balas serta menyampaikan idea dengan terang dan dengan penuh keyakinan secara lisan dan bertulis. Program ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran Datuk Astaman Abdul Aziz, waris kepada Tan Sri Aishah Ghani, Ybhg. Profesor Dr. Arifin Bin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Amini Amir bin Abdullah, Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej dan Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor, Pengetua Kolej Tan Sri Aishah Ghani.
Program ini telah berjaya dilaksanakan. Pertandingan ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada semua pelajar dan staf di UPM. Terdapat lebih daripada 1000 peserta yang telah menyertai program ini. Justeru, program ini memupuk semangat kerjasama antara ahli jawatankuasa bagi menjayakan pertandingan ini.
Tarikh Input: 18/03/2024 | Kemaskini: 30/08/2024 | norazlina_m

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN