
Masyarakat Melayu kaya dengan pelbagai keseniaan dan kebudayaan tradisional. Kekayaan hasil keseniaan dan kebudayaan masyarakat melayu ini bukan sahaja dibangga-banggakan oleh masyarakat Malaysia malahan oleh masyarakat luar Negara. Terdapat pelbagai bentuk tarian masyarakat melayu terdapat di Malaysia. Tarian ini pula boleh dibahagikan kepada pecahannya yang lebih kecil yakni dari segi kenegeriannya. Boleh dikatakan hamper setiap negeri mempunyai seni tariannya yang tersendiri. Perbezaan seni tari dari setiap negeri tersebut boleh dillihat dari segi pakaian, cara persembahan, lenggok-tarian, peralatan yang digunakan dan beberapa criteria lain lagi. Dalam kebudayaan Melayu tarian merupakan salah satu warisan yang masih kekal hingga hari ini.
TARIAN ZAPIN
Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semenjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:
*Tarian Zapin Arab
*Tarian Zapin Palipat
*Tarian Zapin Pekajang
*Tarian Zapin Padang Sari
*Tarian Zapin Tenglu
Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.
Pada 9-12 November 2018 Kolej Tiga Belas telah menganjurkan satu Bengkel Seni Tari Zapin(BestariZ) peringkat kolej .Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menarik minat para pelajar kolej tiga belas dalam seni tari zapin.Seramai 27 orang peserta telah menyertai bengkel ini.Tenaga pengajar bagi bengkel ini adalah dari Kelab Senitari Adimastuli UPM.Zapin yang diajar oleh tenaga pengajar adalah Zapin Padang Sari. Kebiasaanya pada zapin-zapin lain, kiraan 1 bagi permulaan kaki adalah pada " point " atau kaki pada fasa persedian. Tetapi untuk Zapin Padang Sari ini, kiraan 1 permulaan langkah kaki adalah kebelakang pada arah 45 darjah. Pergerakkan kaki tersebut adalah perbezaan ketara yang amat dikenali dalam Zapin Padang Sari. Selain itu, pegerakkan tangan yang menceduk pada kiraan 6 memberikan zapin ini lebih cantik dan beralun tariannya. Tarian Zapin Padang Sari ini sesuai ditarikan oleh penari lelaki kerana geraknya yang mempunyai unsur bermain sewaktu ditarikan. Oleh itu, sekiranya penari lelaki sahajayang menarikannya, unsur permainan dalam sebuah tarian itu akan hidup dan akan menjadikan penonton yang melihatnya terpesona dan kagum. Lagu-lagu yang sesuai diiringkan dengan Zapin Padang Sari ini ialah Habibilah, Alunan Zikir Ya Rabbi dan Ya Rasullah.
Sekitar Bengkel Seni Tari Zapin
Tarikh Input: 16/01/2020 | Kemaskini: 29/03/2023 |

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN