Nama-nama bangunan dan fasiliti di Kolej Tan Sri Aishah Ghani dinamakan menggunakan tema Sistem Solar dan Angkasa. Terdapat empat buah blok kediaman bagi pelajar lelaki di Kolej Tan Sri Aishah Ghani.

PLUTO
Blok A di Kolej Tan Sri Aishah Ghani dinamakan sempena planet kerdil Pluto dalam Sistem Suria. Pluto sebelum tahun 2006 adalah berstatus planet penuh. Pluto bersaiz kerdil dengan diameter berukuran 2376.6±3.2 km, dan berkeluasan rentas sebesar negara Rusia. Secara umum, struktur Pluto terdiri daripada kerak ais, mantel lautan air dan teras silika. Pluto mengambil masa selama 247.68 tahun (waktu Bumi) bagi melengkapkan satu putaran mengelilingi matahari. Pluto telah ditemui pada tahun 1930 oleh Clyde W. Tombaugh. Planet kerdil ini telah dinamakan Pluto atas cadangan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, Venetia Burney. Pluto merupakan Dewa Alam Kematian mengikut mitologi Greek Purba. Pemilihan nama planet kerdil ini adalah bersesuaian dengan cirinya yang jauh dari matahari dan terpencil.
Di Blok Pluto ini terdapat beberapa fasiliti khas. Aras 5 Blok Pluto dikhaskan bagi kegunaan para pelajar siswazah yang menyewa, selain terdapat tiga buah bilik di Aras 1 (aras paling bawah) yang dikhususkan bagi pelajar-pelajar yang mempunyai masalah kesihatan dan kelainan upaya. Di aras sama juga terdapat tiga buah rumah bagi kegunaan felo kolej. Bersebelahan blok ini juga terdapat sebuah stor utama bagi penyimpanan peralatan dan perabot.

MUSYTARI
Blok B di Kolej Tan Sri Aishah Ghani dinamakan sempena planet Musytari dalam Sistem Suria. Planet Musytari merupakan planet terbesar didalam Sistem Suria dengan diameter 142,984km, dan merupakan planet kelima terhampir dengan matahari. Planet Musytari memerlukan masa selama 11 tahun 9 bulan (waktu bumi) bagi membuat satu putaran lengkap mengelilingi matahari. Secara purata, suhu di Musytari adalah 50°C. Secara umum, Musytari terdiri daripada lapisan atmosfera tebal dan lapisan dalam. Atmosfera di Musytari adalah setebal kira-kira 5,000K. Secara umum, komposisi atmosfera Musytari terdiri daripada hidrogen dan helium, selain ditemukan metana, wap air, amonia, silikon, karbon, etana, hidrogen sulfida, neon, oksigen, fosfin dan sulfur. Lapisan atmosfera terluar turut mengandungi kristal amonia beku. Lapisan dalam Musytari terdiri daripada lapisan metalik hidrogen dengan sedikit helium, serta teras daripada batu dan ais. Planet Musytari memiliki sejumlah 79 buah bulan, dan empat daripadanya dikenali sebagai Bulan-bulan Galilean (Galilean moons) iaitu Callisto, Ganymede, Europa, dan Io.
Nama Musytari dalam Bahasa Melayu ini adalah mengikut penamaan planet dalam Sistem Suria dari Dunia Arab. Planet Musytari dinamakan sebagai Jupiter dalam Bahasa Inggeris, iaitu bersempena mitologi Rom Purba. Mengikut kepercayaan ini, Dewa Jupiter merupakan Dewa Langit dan Guruh serta bertindak sebagai Raja Para Dewa. Dewa Jupiter adalah setaraf dengan Dewa Zeus dalam mitologi Greek Purba. Penamaan planet ini sebagai Jupiter adalah kerana cirinya sebagai planet terbesar, sesuai dengan kedudukan Dewa Jupiter sebagai dewa utama.
Di Blok Musytari ini terdapat beberapa bilik khas untuk kegunaan para pelajar seperti Bilik Tari, Perpustakaan Mini, Bilik Perbincangan Scorpio; selain dua fasiliti khas iaitu Rumah Tamu dan Rumah Felo.

NEPTUN
Blok C di Kolej Tan Sri Aishah Ghani dinamakan sempena planet Neptun dalam Sistem Suria. Planet Neptun merupakan planet ketujuh dan paling jauh dari matahari. Jarak planet Neptun ke matahari ialah sejauh 4,497 juta kilometer. Planet Neptun merupakan planet keempat terbesar dan mengambil masa selama 165 tahun (waktu bumi) bagi melengkapkan satu putaran mengelilingi matahari. Secara umum, planet Neptun menyerupai planet Uranus, diklasifikasi sebagai gergasi ais iaitu planet dengan komposisi elemen lebih berat daripada hidrogen dan helium seperti oksigen, karbon, nitrogen, dan sulfur. Lapisan mantel planet ini terdiri daripada air, ammonia dan ais metana manakala terasnya pula terdiri daripada besi, silikat dan nikel. Iklim di Neptun secara purata dipenuhi dengan sistem rebut yang amat dinamik, dan purata suhu ialah sekitar -200°C. Planet Neptun memiliki sebanyak 14 buah bulan yang mengorbit mengelilinginya, dengan Triton sebagai bulan terbesar.
Rekod awal penemuan Neptun adalah melalui lukisan Galileo Galilei pada 1612-1613. Pada awalnya, Neptun hanya dikenali sebagai “Planet di luar Uranus”. Sekitar 1845-1846 ketika membuat dakwaan penemuan planet ini, Le Verrier telah menamakannya sebagai planet Neptune. Nama ini adalah bersempena Dewa Neptune dalam mitologi Rom Purba. Mengikut kepercayaan ini, Dewa Neptune merupakan dewa yang menjaga laut, dan adik-beradik kepada Dewa Jupiter dan Dewa Uranus. Dewa Neptune adalah setaraf dengan Dewa Poseidon dalam mitologi Greek Purba. Penamaan planet ini sebagai Neptune adalah kerana ciri fizikalnya yang terlihat kebiruan seperti lautan, sesuai dengan karektar Dewa Neptune sebagai dewa yang menjaga laut.
Terdapat beberapa fasiliti utama di bangunan dan sekitar Blok Neptun. Antara kemudahan tersebut ialah bilik perkhidmatan dobi, bilik stor peralatan aktiviti luar, garaj motorsikal dan rumah sampah.

UTARID
Blok D di Kolej Tan Sri Aishah Ghani dinamakan sempena planet Utarid dalam Sistem Suria. Planet Utarid merupakan planet paling kecil didalam Sistem Suria dengan diameter 4880km, iaitu 40% lebih kecil berbanding planet Bumi. Utarid juga merupakan planet paling hampir dengan Matahari, iaitu kira-kira 57.9 juta kilometer. Planet ini diperkirakan terbentuk kira-kira 4.6 billion tahun lalu. Utarid mengambil masa selama 88 hari (waktu bumi) bagi melengkapkan satu kitaran lengkap mengelilingan matahari. Eksplorasi Utarid dilakukan oleh dua buah kapal angkasa, Mariner 10 pada tahun 1974 dan MESSENGER pada tahun 2008. Secara umumnya, suhu di Utarid adalah sekitar -173°C sehingga 427°C. Utarid dipenuhi kira-kira 70% bahan logam dan selebihnya oleh silikat.
Nama Utarid dalam Bahasa Melayu ini adalah mengikut penamaan planet dalam Sistem Suria dari Dunia Arab iaitu “Aetarid”. Dikenali melalui simbol ☿, planet Utarid dinamakan sebagai Mercury dalam Bahasa Inggeris, iaitu bersempena mitologi Rom purba. Mengikut mitologi Rom Purba, Mercury ialah dewa yang dikaitkan dengan kepantasan, wahyu, petunjuk, pemberi khabar, dan penjaga perbatasan. Penamaan planet ini sebagai Jupiter adalah kerana ciri planet ini yang bergerak pantas, sesuai dengan karektar Dewa Jupiter.
Di Blok Utarid ini terdapat beberapa bilik khas untuk kegunaan para pelajar seperti Pejabat Majlis Perwakilan Kolej, Bilik Mesyuarat Libra, Bilik Deko, Bilik Muzik, Stor Sukan dan Stor Kebudayaan selain koperasi PutraNiaga.
Artikel ini disumbangkan oleh:
Jemaah Ketua Blok
Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Tan Sri Aishah Kolej
Tarikh Input: 10/01/2020 | Kemaskini: 11/01/2023 |

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN