ADAB DAN ETIKA BERSAMA RAKAN SEBILIK | KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
» ARTIKEL » ADAB DAN ETIKA BERSAMA RAKAN SEBILIK

ADAB DAN ETIKA BERSAMA RAKAN SEBILIK

Kehidupan sebagai seorang pelajar di asrama merupakan perkara yang sering ditanya oleh pelajar-pelajar yang belum pernah merasai alam tinggal di sebuah asrama. Sudah tentu kehidupan di asrama semasa belajar di sekolah berbeza dengan asrama di kolej-kolej universiti. Perkara yang membezakan adalah sama ada terikat atau tidak terikat dengan masa tetapi adab dan etika bersama rakan sebilik sudah pasti akan tetap sama walaupun kita berada di mana-mana. Ayuh kita pelajari sedikit tentang adab dan etika bersama rakan-rakan sebilik kita.

1.0 Taaruf

Semestinya perkara pertama sekali yang perlu dilakukan apabila sudah masuk ke dalam asrama adalah sesi berkenalan dengan rakan sebilik atau lebih dikenali roommate supaya kita tahu sedikit latar belakang roommate kita.

2.0 Aurat

Aurat juga perlu dititik beratkan apabila kita bersama dengan sama jantina di mana aurat lelaki dengan lelaki adalah dari pusat ke lutut, begitu juga dengan perempuan. Seeloknya, pakailah pakaian yang tidak mencolok mata supaya tidak timbul rasa tidak selesa antara roommate kita sendiri.

3.0 Hormat

Apabila kita tinggal sebilik dengan orang yg bukan kebiasaan kita, hormatilah rakan sebilik kita, sebagai contoh menutup lampu apabila rakan sebilik kita sudah tidur atau membuka lampu belajar sekurangnya, tidak membuat bising pada waktu malam atau memasang lagu yang boleh mengganggu orang sekeliling kita. Hal ini paling jika kita ingin membina hubungan yang baik dengan rakan sebilik kita. Kita hormat orang, orang pasti hormat kita.

4.0 Tetamu

Semestinya kita akan membawa rakan-rakan kita untuk tinggal sementara di bilik kita. Akan tetapi, janganlah biarkan ia terlalu lama sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dengan rakan sebilik kita.

 

5.0 Kebersihan

Kebersihan juga perkara yang amat dititikberatkan untuk memastikan keselesaan terhadap diri kita dan rakan sebilik kita. Janganlah kita membiarkan kawasan kita di bilik dibiarkan bersepah dan tidak dibersihkan kerana ia boleh mengundang bau dan pemandangan yang tidak menyenangkan. Oleh itu, ayuhlah kita sama-sama menjaga kebersihan untuk kebaikan bersama.

Jika anda mampu mengamalkan etika dan adab di bilik asrama, dengan izin Tuhan kita pasti akan diberkati dan disenangi oleh orang sekeliling.

 

Artikel ini disumbangkan oleh

Ashma Hani Binti Azhar

Majlis Perwakilan Kolej Sesi 2019/2020

Kolej Tiga Kolej

Universiti Putra Malaysia

Tarikh Input: 16/03/2020 | Kemaskini: 29/03/2023 | noriza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
S, (08:23:50am-08:28:50am, 18 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]