TxTUFS INBOUND: UNITY THROUGH CULTURE | KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
» BERITA » TxTUFS INBOUND: UNITY THROUGH CULTURE

TxTUFS INBOUND: UNITY THROUGH CULTURE

 

 

SERDANG, 22 Februari 2024 - TxTUFS INBOUND: Unity Through Culture merupakan program yang diketuai oleh Timbalan Presiden 1, saudara Muhammad Rusydan Zahariman, telah dilaksanakan pada 22 Februari 2024 hingga 27 Februari 2024. Program ini disertai oleh 16 orang ahli jawatankuasa pelaksana dan 18 mahasiswa antarabangsa dari Takushoku University dan Tokyo University of Foreign Studies. Program ini sepenuhnya dilaksanakan di sekitar kawasan Universiti Putra Malaysia, Maktab Perguruan Ilmu Khas Cheras dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Program ini diadakan selama 6 hari 5 malam dan diisi dengan 7 slot utama yang menarik dan berfaedah kepada semua peserta. Slot 1 ialah Pengenalan UPM & Kolej Tan Sri Aishah Ghani. Slot ini bertujuan untuk memberi pengenalan tentang UPM dan KTAG kepada para peserta mengenai budaya dan peraturan yang telah ditetapkan. Slot 2 bagi program ini ialah lawatan ke Mata Tunas Durian, Bukit Ekspo. Slot ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan dan pengalaman makan buah-buahan tempatan seperti durian, pisang, manggis dan sebagainya. Seterusnya, slot 3 merupakan slot Pengenalan Malaysia yang diadakan di bilik Scorpio, KTAG. Slot ini dijalankan untuk memperkenalkan Malaysia secara umum kepada para peserta. Slot ini mengandungi beberapa pengisian seperti jenis kaum di Malaysia, bahasa rasmi yang digunakan dan kepelbagaian agama. Selain itu, slot ini mengenalkan tentang jata negara, Jalur Gemilang dan sistem perlembagaan di Malaysia. Slot ini juga turut menerangkan tentang pakaian tradisional seperti Baju Melayu, Baju Kurung dan sebagainya. Para peserta diberi peluang untuk mencuba menggayakan pakaian tradisional tersebut. Selanjutnya, slot 4 merupakan slot Permainan Tradisional yang diadakan di Dewan Putra 1. Slot ini bertujuan untuk mengajar para peserta mengenai permainan tradisional atau lebih dikenali sebagai sukan rakyat. Antara sukan rakyat dimainkan oleh para peserta ialah Tuju Tin, Tating Lawi dan Galah Panjang. Slot 5 diteruskan lagi dengan aktiviti Masterchef: Show the best Nasi Lemak dan sesi menganyam ketupat. Slot ini bertujuan untuk memberi pengalaman akan penyediaan makanan tradisi Melayu pada peserta Jepun. Seterusnya, slot 6 ialah slot bersama KAIGHA, kumpulan kebudayaan KTAG. Slot ini bertujuan untuk mengajar asas tarian Inang kepada para peserta. Selain itu, slot 7 dimulakan dengan aktiviti Gema Seni KTAG. Slot ini merangkumi asas pembelajaran dalam menggunakan alat musik tradisional seperti Kompang dan berakhir dengan sesi pembelajaran bahasa Jepun bersama para peserta. Slot ini memberi ruang kepada para peserta untuk mengajar asas bahasa Jepun kepada ahli jawatankuasa pelaksana. Program ini berakhir dengan Majlis Penutup di Dewan Putra 1 yang telah dirasmikan oleh Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor, Pengetua, Kolej Tan Sri Aishah Ghani, Prof. Madya Dr. Faridah Mohamed, wakil Takushoku University dan Tokyo University of Foreign Studies, Cik Aimi Nadhirah Roslan, Felo Penasihat Program TxTUFS INBOUND: Unity Through Culture serta barisan felo dan MPK  KTAG. 

Tarikh Input: 01/04/2024 | Kemaskini: 01/04/2024 | noriza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
SXEPBAe~