Event Title
MINGGU ORIENTASI PELAJAR ASASI SAINS PERTANIAN SESI 2023/2024
Date
28 Jul 2023 - 05 Aug 2023
Event Summary
Bersempena dengan kemasukan pelajar baru Asasi Sains Pertanian bagi sesi 2023/2024, Minggu Orientasi Pelajar Asasi Sains Pertanian telah diadakan di Kolej Tan Sri Aishah Ghani pada 28 Julai 2023 hingga 5 Ogos 2023.
Program ini merupakan salah satu inisiatif dari pihak kolej untuk memberi pendedahan tentang kehidupan sebagai mahasiswa dan mahasiswi di kolej, di samping menyemai rasa cinta akan kolej kediaman iaitu Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG) dalam kalangan pelajar ASPer. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Sesi Bersama Pengurusan dan Felo Kolej, Sesi Bersama Majlis Perwakilan Kolej (MPK) sesi 2023/2024, Sukan Tradisional (SuTra), Ceramah Undi-18, Senamrobik & Jelajah Siswa, serta Majlis Penutup & Malam Kebudayaan MOPASP.
Updated:: 14/09/2023 [noriza]
MEDIA SHARING